Kedai dobi layan diri sering menjadi pilihan ramai untuk mencuci dan mengeringkan pakaian. -Gambar hiasan AI
MENCUCI pakaian di kedai dobi layan diri sudah menjadi satu kebiasaan, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai mesin basuh sendiri atau mahu menjimatkan masa.Namun, ada juga yang kurang selesa menggunakan kemudahan itu khususnya apabila perlu mengendalikan pakaian peribadi di tempat terbuka. Perkara itu dibangkitkan seorang wanita yang tertanya-tanya sekiranya kaum Hawa turut berasa malu apabila pakaian dalam mereka dilihat orang asing ketika mencuci pakaian di kedai dobi.Pelanggan kedai dobi perlu saling menghormati dan tidak mengganggu pengunjung lain. -Gambar hiasan"Nak tanya, anda semua terutamanya perempuan yang pergi dobi, tak rasa malu ke keluarkan pakaian dalam? Lepas tu seluar dan baju dalam tiba-tiba ia terjatuh atas lantai."Kemudian ada orang nampak, yang nampak pula lelaki. Anda rasa benda tu normal ke? Serius aku nak tahu, apa pendapat anda semua tentang hal ini."Ada sesetengah lelaki berumur suka tengok perempuan keluarkan baju," dakwa wanita itu dalam perkongsiannya.Wanita luah rasa malu untuk mencuci pakaian di kedai dobi layan diri.Dia bimbang pakaian dalam wanita jadi tatapan pelanggan lelaki.Dia berkongsi hal itu di Threads untuk bertanyakan pendapat kaum Hawa.Netizen beri nasihat agar dia fokus pada diri dan tidak hiraukan pelanggan lain.Ringkasan ini dijana oleh AIDia membangkitkan persoalan itu menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads.Menurut seorang pelayar Threads, wanita itu tidak sepatutnya menghiraukan pandangan orang ketika menggunakan khidmat dobi layan diri."Saya antara orang yang biasa pergi mendobi. Saya tak pandang kiri kanan pun. Lantak mereka la nak basuh baju atau nak lepak di kedai dobi," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang pakaian dalam disentuh-sentuh, dialih di kedai dobi layan diri... Lambat beberapa minit je pun!ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki alih pakaian terbiar dalam ‘dryer’ dobi layan diri, pemilik datang terjerit-jerit tak puas hatiBeberapa lagi pelayar Threads turut meninggalkan pendapat berbeza mengenai hal itu."Pakaian dalam tu masukkan dalam laundry beg saja. Kalau jatuh pun orang tak nampak isi dalam."Pernah nampak orang cuci pakaian dalam di kedai dobi. Nampak bra berpusing dalam mesin basuh."Saya yang lelaki ni pun malu kalau pakaian dalam jatuh," tulis beberapa netizen.