BAGI sesetengah orang, kepuasan mengembara bukan sekadar melihat tempat baharu, tetapi keberanian melangkah ke negara asing tanpa bergantung kepada sesiapa.Maka tidak hairanlah solo travelling semakin menjadi pilihan, termasuk dalam kalangan wanita yang mahu menikmati pengalaman meneroka dunia mengikut rentak sendiri. Namun, sebagai seorang Muslimah, pernahkah terlintas persoalan tentang hukum mengembara ke luar negara seorang diri tanpa ditemani suami atau mahram?Nabi Muhammad pernah bersabda:Maksudnya: Janganlah seseorang wanita itu bermusafir selama tiga hari melainkan bersama-sama dengan mahramnya. [Riwayat al-Bukhari, Muslim]Atau dalam riwayat yang lain:Maksudnya: Janganlah seseorang wanita itu bermusafir melainkan bersama-sama dengan mahramnya. [Riwayat al-Bukhari]Melalui hadis ini, jelas larangan Rasulullah ke atas wanita Muslimah untuk keluar bermusafir melainkan bersama-sama mahramnya.Antara hikmah larangan ini adalah bagi menjaga dan menjamin hak kepentingan golongan wanita daripada diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab selain menutup lubang-lubang fitnah yang mungkin dilontarkan terhadap seseorang Muslimah.Wanita yang biasa hidup berdikari pastinya tidak kisah untuk melancong sendirian ke luar negara. -Gambar hiasan AINamun, larangan ini dikecualikan kepada wanita Muslimah yang berhijrah dan juga tawanan. Perbezaan pendapat ulamaPertama: HaramUlama mazhab Hanafi dan juga Hanbali tidak membenarkan ke atas wanita Muslimah pergi menunaikan haji wajib melainkan dengan mahramnya.Kedua: HarusUlama mazhab Maliki dan juga al-Syafie pula mengatakan harus bagi wanita Muslimah yang tidak memiliki mahram untuk melakukan haji apabila dia memenuhi syarat wajib haji tetapi hendaklah ditemani oleh sekumpulan wanita yang dipercayai.Namun, dalam hal permusafiran seorang wanita untuk umrah sunat, menziarahi ahli keluarga, menuntut ilmu, melancong dan sebagainya,maka ulamak turut berbeza pandangan mengenainya.Jika jarak perjalanan tersebut dekat, maka ia diharuskan sebagaimana pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan juga Hanbali.Namun jika ia melibatkan perjalanan yang jauh, maka terdapat dua pandangan dalam kalangan ulama:1. Diharuskan permusafiran wanita tanpa mahram jika dipastikan perjalanan tersebut adalah selamat.Ini merupakan sebahagian pandangan daripada mazhab Maliki dan al-Syafie.Pandangan ini juga dikemukakan oleh Imam Nawawi, Abu Hamid al-Ghazali dan al-Mawardi.2. Tidak diharuskan permusafiran wanita tanpa mahramnya.Inilah merupakan pandangan jumhur ulama.Selain itu, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah juga berkongsi pandangan dan juga pendapat mengenai isu ini.Maksudnya: Dibenarkan ke atas seseorang wanita untuk bermusafir tanpa mahram namun dengan syarat mestilah aman pada agamanya, pada dirinya dalam permusafirannya, ketika dia di destinasi dan juga dalam kepulangannya, dan tidak menghalangnya atau bertembung dengannya sebarang gangguan terhadap dirinya dan agamanya.Individu yang melakukan kembara solo tidak perlu pening kepala memikirkan kerenah individu lain. -Gambar hiasan AIKesimpulannya, Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman web mereka menyatakan hukum solo travelling bagi wanita adalah harus, namun mestilah berdasarkan beberapa dawabith dan juga syarat seperti berikut:1. Mestilah keadaan aman terhadap dirinya, agamanya, maruahnya, di masa permusafirannya sama ada dalam perjalanan, ketika di destinasi dan juga ketika pulang.2. Perlu mendapatkan keizinan daripada mahram dan juga wali yang terdekat.3. Bukanlah musafir ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada fitnah atau memberikan mudarat terhadap dirinya.Maka, dalam hal ini, kami nasihatkan adalah sebaiknya permusafiran ditemani oleh sekumpulan wanita yang dipercayai atau ahli keluarga lain bersama-samanya. Kami juga menasihatkan agar golongan wanita sentiasa menjaga maruah dan adab-adab Islam agar mereka terpelihara daripada sebarang panahan fitnah dan tohmahan serta menjamin kelangsungan kehidupan bersyariat.